Isnin, 19 Februari 2018

Orientasi dekat UNI ?

Assalamualaikum :)


Harineh aku nak share pengalaman aku masa minggu orientasi dekat UniSZA neh . Dekat sini diorang panggil Minggu Mesra Siswa (MMS) . Hmmm mesra sangat tau sampai ada Jr couple dengan Sr time tu . Opsssssss :0 hahahhaa . 

 

Okay back to our topic , masa memula aku dapat tawaran masuk UniSZA neh kan aku rasa aku manusia yang paling bertuah . Kenapa ? First , aku tak sangka aku dapat masuk uni tau walaupun aku keluaran matrikulasi sebab masa matrik dulu en aku belajar memain do ! Hahaha , padan muka ! Bersyukur gilaaaaaaaaa . Masatu rasa nak peluk semua orang yang ada depan mata aku . Heheheh . Okay , sec aku rasa aku bertuah sebab aku dapat uni yang agak dekat dengan rumah aku . Ye ah , UniSZA tu sebelah je dgn negeri aku . Aku nak sangat uni dekat bukan sebab aku manja k ! Takde istilah homesick dalam diri aku . Cehhhh ! Haha tapi tu memang kenyataan lah sebab aku jenis keras hati sikit la . Sikit jela . Aku nak uni dekat sebab dekat dengan mak aku , keadaan mak aku tak berapa sihat so kalau ada apa-apa jadi senang gue pulang dong :) . Betul , kalau dah ajal depan mata pun dia akan sampai gak tapi emmm susah la nak cakap rasa tu macam mana . Yang ada mak kurang sihat macam aku tahula rasa macam mana kot .

 

Pasal kos tu nanti aku tulis entry lain yea sebab kos yang aku ambil tu memang tak terfikir oleh member-member aku tapi aku je yang terdetik nak ambek kos tu hahaha ! 

 

 So,masa hari pendaftaran tu aku gerak daripada kampung aku dalam 630 pagi . Wallaweh awal kan ? Hahaha jangan terkejut braderrrrrrr . Family aku memang cenggitu . Disebabkan dekat , dalam 9++ pagi kitorang dah sampai depan UnisZA haaaa . Siapa kata awal tadi tu ? Aku datang tu dah penuh tempat parking . So , terpkasa park kereta jauh sikit ah . Aku pergi daftar dekat Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) tu sensorang tau . Walaupun ramai yang datang hantar aku tadi , tapi aku tak benarkan ikut aku sebab jauh . Kesian do diorang esp mak aku . Nasib baik , dalam perjalanan lenggang lenggok nak masuk DABS tu terjumpa member satu matrik . Rezeki ada member , so berdualah daftar . Kejap je daftar . Tap tap tap ambil gambar kad matrik dan kunci bilik terus chawwww . Aku bukan tak ingat member tadi tapi member tadi dapat blok lain sebab dia punya kampus dekat Tembila not Gong Badak . Berlari aku dapatkan family aku , heks takde ah lari sangat . Jalan lelaju sikit je . Mana boleh aku larinya dengan bumper besor . Kakakakakaah ! 


Then ayah aku bawak kitorang pusing UniSZA untuk cari kediaman aku . Aku dapat blok H . Hmmmm jauh bebenor gaissss , kedua hujung . Biasher je sebenarnya tapi for the first time datang UniSZA kan memang nampak jauh ah . Hahaha . Kediaman baru UniSZA neh kan punyalah mewah gais . Besar dan selesa . Sumpah ! Yang baru laaaa kalau yang lama bontot member kau pun kau boleh langgar hahaha . Satu rumah ada 6 bilik dan 1 bilik 2 orang . So , lepas tolak tambah bahagi darab semua 1 rumah 12 orang la . Macam ramai kan ? Hahaha no la . 12 orang pun kalau kau tak reti beramah mesra memang sunyila rumah korang mcm rumah aku . LOL ! Aku dapat bilik yang ke5 , best sebab dekat balkoni . So , mulai detik tu balkoni tu jadi tempat fav aku weyyyy esp time nak exam . Walaupun menghadap jalan , still boleh buat aku tenang untuk menghafal haha . Acah ! Masuk je bilik takde orang . So siapa yang akan jadi roommate (rumet) aku masil lagi jadi persoalan . Bab rumet kan , aku cuak sikit . Takut gak dapat yang pelik-pelik sebab aku jenis mudah terpengaruh sikit tau . Mati aku dapat yang jenis pelik sikit . Hehehehe . 

 

Lepas kemas semua , aku turun makan dengan family aku . Syahdu la jugak sebab kejap lagi nak pisah . Syahdu sikit sebab nak lepaskan mak aku . Ye la , sepanjang aku cuti haritu aku yang jadi driver dia pergi memana . Kat mana ada mak aku , kat situ ada aku . Menyibuk ! Hahaha . Lepas salam semua , terus masuk bilik sebab terkejar kejar nak solat zohor . Melampau orientasi mula tengahari buta . Haha takde ah , aku on je bebila . Masa masuk bilik tu dah nampak dah rumet aku . Ayuuuuuuu je aku tengok dia . Comel ! Apa lagi jadi detective conan jap tanya soalan macam-macam . Hahahaha ! Namanya Azy , tua setahun daripada aku dan asal Kelantan sama negeri dengan aku laktu hahaha tapi aku tak kisah pun asal mana sebab mak aku tak ajar berpuak-puak . Aku kawan dengan semua . Serious :) 


Maka , bermulalah MMS kami selama seminggu . Memang seminggu la tak cukup tido , tak cukup rehat . Yang cukupnya makan je . HAHAHAHA ! Jangan takut tau sebab bamfasi dan kakfasi UniSZA semua bebaik . Kau rilex rilex je weh , diorang steady je . Takdenya nak buli jr :) Ikhlas aku puji sebab diorang memang baik . Masa zaman aku tu ada uni lain yang masuk akhbar sebab sr buli jr time orientasi . Hahaha gelabah gak . Tapi , jangan risau UniSZA tak macam tu . So , masuklah UniSZA dengan gumbiraaaa ;)


Time MMS lah time korang nak cari member-member untuk sepanjang 4 tahun tau . Aku jenis kepoh , first day dah dapat member dah . Hehehe . So , time MMS tu tegur-tegurlah orang sebelah . Mana tau dapat jadi BFF ke apa ke kan . Tak salah beramah mesra , dah nama pun minggu mesra siswa kan . Heks :) Tu je kot untuk MMS aku . Sekian . mekasihhh :)



Ahad, 28 Januari 2018

UJIAN HATI

Sakit kan bila benda yang kita sayang tetiba terpaksa berkongsi ? Sakitkan bila orang yang kita sayang, menyayangi orang lain ? Aku bukan nak salahkan takdir mahupun pertikaikan takdir Tuhan tapi hati ini kadang-kadang rasa tak kuat nak hadap semua tu. Mana mungkin aku boleh tersenyum bila orang yang aku sayang , bergelak tawa dengan orang lain . Aku manusia , punya hati , punya perasaan yang kadang-kadang rasa ingin marah , cemburu, sedih , gembira etc. Bila hati ini dah boleh redha dengan apa yang berlaku , ada je benda yang datang untuk uji hati ini lagi dan lagi. Tipu kalau aku kata aku tak pernah rasa nak give up dengan apa yang berlaku namun ada hati lain yang perlu aku jaga dan ada tanggungjawab lain yang belum aku selesaikan . Kalau aku pilih untuk lemah dan give up , macam mana aku nak penuhi harapan orang yang sayangkan aku ? Aku kena kuat demi mereka . Takkan aku nak terus lemah disebabkan seorang insan yang tak punya apa-apa kuasa berbanding dengan Dia Yang Mempunyai Segala-galanya. 
Bohong kalau aku kata aku tak rasa apa-apa . Tapi , aku pilih untuk berdiam daripada berkata-kata . Kerana berkata-kata dalam keadaan marah hanya menampakkan kebodohan diri aku sendiri.


Buat kamu yang telah robekkan hati aku,

Bahagialah kalian atas penderitaan aku dan yang lain. Mungkin kalian lupa , Allah ada . Aku sedikit pun tak berdendam , sumpah ! Tapi , kecewa tu Tuhan sahaja yang tahu . Aku selalu doakan semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja . 


TASIK PEPSI BLUE RUSILA !

ASSALAMUALAIKUM AND HYE GAISSSSSS :) Last week punya plan dengan member nak pergi jejalan memang terboekkkk ah . Plan nakg jejalan memang ...